Ahad, 31 Julai 2011

RAMADHAN AL-MUBARAK

    Kelebihan Ramadan
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
    •  
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

Jumaat, 29 Julai 2011

Mohd Ashraf Hafiz Bin Abdul Aziz @ Aleesha Farhana telah kembali ke rahmatullah

Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang telah mengemparkan tanahair untuk menukar jantinanya kepada wanita telah pun meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.
          Beliau dimasukkan ke hospital itu jam3 pagi semalam setelah diserang sakit jantung dan tekanan darah rendah .Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas solat Zohor.
         Bapanya masih menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.
           Sekali lagi kontroversi melanda Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz apabila telah dimasukkan ke ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah setelah diserang sakit jantung dan tekanan darah rendah pada 3 pagi jumaat 29 Julai 2011.Kemungkinan besar punca Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz diserang sakit jantung dan tekanan darah rendah adalah tekanan perasaan yang dihadapinya..
          Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat dirinya dan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dgn orang-orang yang beriman. Janganlah kita menilai beliau dari luaran.sahaja..kita tak berhak untuk menentukan dosa pahala seseorang...tapi sebagai saudara sesama islam doakanlah yang terbaik buat rohnya...Amin....
  







Rabu, 27 Julai 2011

Bilis Goreng Bersama Petai



Ikan Bilis goreng campur dengan petai. hai maklumlah sekarang ni musin petai dgn doriankan Menu ni masak masa tekak ni tak ada selera nak makan...kalau tak ada petai ikan bilis jelah... suka sangat makan tambah lagi makan dengan nasi panas-panas. Resepi yang  mula-mula belajar dgn mak mentua.... dulu-dulu setiap kali balik kampung kat Melaka...menu ni mak mentua buat masa sarapan pagi,,,.kiranya selera Cik Jah dgn famili hubby ni sama je...nasib baik la famili belah suami pagi-pagi sarapan makan makanan yang berat-berat...buatnya diorang makan roti je setiap kali sarapan mau Cik jah gigil satu badan lum sempat makan tengahari...hihihi...
           nak masak masakan ni bukan lah susah sgt tapi leceh la sb nak kena kopek ikan bilis....bab kopek ikan bilis ni cik jah mmg serender...selalunya cik jah beli yang dah siap dikopek...hahaa...malas tul kan...
jom kita nengok resepinya

bahan-bahan

Ikan bilis yg sip dikopek (klau guna ikan bilis yg halus pun boleh)
3 biji bwg besar (yg paling besar)
3 biji ulas putih
cili api merah + hijau (ikut suka nk bnyk mana)
sedikit belacan
sedikit air asam jawa
garam,sikit je gula pasir

cara-cara

goreng dulu ikan bilis sampai garing.keluarkan, goreng bwg besar & bawang putih hingga agak2 garing. keluarkan. goreng cili api yg telah dibelah -belah. akhir sekali terus masukkan semua yg telah digoreng td. gaulkan hingga sebati masukkan air asam yg digaul dgn belacan.masukkan garam dan gula. siap

Paprik Ayam


Paprik makanan yang berasal dari negera gajah putih Thailand. Cik jah mula-mula makan paprik ni rasanya awal 90an masa tu Cik Jah kerja kilang kat Shah Alam, Cik Jah selalu makan kat Batu 3 masa tu tak banyak kilang lagi kat kawasan tu.Sekarang ni kedai tu dah tak ada lagi tempat tu dah jadi stesen minyak... Banyak kenangan kat kedai makan tu.. Cik Jah selalu la dating dgn cik abang (skrg dh jadi my hubby) kat situ,,gaduh pun kat situlah nak celeberate apa2 pun kat situ,,,masa tu 1 pinggan nasi + paprik baru je rm 2.50 skrg ni cik jah tak tau la berapa harganya kat Shah Alam..Cik jah dah puas mencuba mcm2 cara cam ne nak buat paprik ni akhirnya dapat jg resepinya tu pun kecek2 dari kawan yg berasal dari kelantan sb abang dia tukang masak kat sana...


paprik ayam

ayam dipotong kecil2
putik jagung
carrot
bunga kobis
cili api
daun limau purut
1 btg serai

cili mesin
bwng merah + bwng putih + halia
2 sudu (b) cili sos
2 sudu (b) sos tiram
sedikit kicap manis
limau kasturi

tumis bwg merah+bwng putih+halia yg di hiris dan serai yg dititik pas tu masukkan cili mesin biar garing sikit msukkan cili sos dgn sos tiram biar terbit minyak masukkan ayam gaul sebati biar ayam kecut sikit masukkan air ( Ikut suka klau nk kuah lebihkan air ) biar ayam masak baru msukkan sayur2an...akhir sekali mskkan sedikit kicap manis & daun limau & perasa (garam+gula+aji) gaul sebati dan mskkan air perahan limau...kacau sekejap...siap....

Pajeri Terung

pajeri terung
Bila masak je pajeri terung ni hati terus ingat kat arwah abah Husin bin Abdullah,,,sb arwah abah suka sangat makan pajeri terung.. Masih ingat lagi first time masak pajeri ni ...bila time makan arwah abah tanya mak sape yang masak ni...mak cakap Jah yang masak...masa tuhati ni berbunga-bungalah bangga sb dapat masak masakan kegemaran arwah...tiba-tiba arwah abah cakap "hang ni buat gulai ka buat pajeri" cik jah tnya la awatnya...arwah cakap orang kalau buat pajeri pekat...kalau kuah dah "meladong" (bahasa orang utara)dalam pinggan ni gulai namanya...cik jah cakap la mana tau...jawab jg tu...arwah pun teruslah membebel "Lain kali kalau mak hang masak tengok..jgn dok berangan ja... hari tu arwah abah memang tak makan pajeri yang cik jah buat...tapi tak la kecik hati sb memang betul apa yang arwah abah cakapkan tu.. jom kita tengok resepi pajeri terung
bahan-bahan

7-8 biji terung panjang
2 paket serbul kari daging
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar lada mesin
segenggam udang kering
1/2 cawan santan pekat
bwg merah, bwg putih, halia
2-3 inci gula kelapa ( gula merah @ gula kabung)
gula pasir

cara2
terung dibelah 2 tp jgn smpai putus. goreng dahulu separuh masak( utk cantikan ). tumis bwng merang , bwng putih & halia. pas tu masukan rempah yg dibancuh dgn air + lada mesin + kerisik. masak sampai naik minyak kacau selalu. pas tu masukkan udang kering dan santan pekat. biar mendidih dan kuah pekat . masukkan gula kelapa @ gula merah, gula pasir dan perasa kacau dan masukkan terung yg siap digoreng td. kacau balikkan dan siap.

Sambal Belacan Buah Kuini

sambal belacan buah kuini




Buah kuini ni berbuah ikut musim , selalunya buah ni berbuah sembelum musim dorian,,,selain dari makan fresh cam tu je,,, buah ni boleh gak dibuat sambal belacan... tapi ada yang buat masak pajeri @ dibuat jeruk (tapi yg muda sikit kot) .Cik Jah paling suka kalau makan cam tu je @ dibuat sambal belacan..makan dgn nasi panas2 pas tu ada lak ikan kering...perrhh tak ingat....

jom tgk camna nak buat sambal belacan buah kuini

bahan-bahan
1 biji buah kuini
cili api
cili merah
belacan (dibakar dahulu)
garam & sedikit je gula pasir

Cara-cara

tumbuk semua bahan-bahan kecuali buah kuini hingga lumat. selepas bahan-bahan tadi lumat buang kulit buah kuini dan hiris halus-halus kemudian masukkan kedalam sambal tadi tumbuk perlahan-lahan...jangan sampai isi kuini hancur sangat...siap

Selasa, 26 Julai 2011

Asam Pedas Melaka

 Rasanya semua negeri kat Malaysia ni ada asam pedas nya sendiri. Tapi yang paling populor rasa-rasanya kat negeri Melaka dan Johor. Ada macam macam cara
nak buat asam pedas ni. Saya ni ambil masa jugalah
belajar nak buat asam pedas,,,Nasib baiklah mak mentua tak pernah merungut pasal menantunya tak pandai2 buat asam pedas.Semangat tu nak belajar meluap-luap sebab hubby orang melaka...orang melaka ni kalau dapat makan asam pedas laujk lain tolak ke tepi.Akhirnya berkat dan semangat tak pernah jemu untuk belajar memasak Alhamdulillah menjadilah juga,..walaupun mula-mula tu adalah tang tak jadinya...tapi bila tengok mak mentua masak main campak2 je tapi sedapnya memang terangkat....
tu la orang kata penangan air tangan mak-mak kita...
Kalau nak ikutkan bahan2 nya tak jauh beza asam pedas Melaka dgn asam pedas Johor...tapi rasa2nya asam pedas Johor ada la letak serai kot...
Selain dari itu asam pedas ni dah di perbagaikan . Ada yang sebelum menumis letak halba campur.. ada yang letak kelapa goreng sikit... tapi saya pernah cuba masak asam pedas ikan duri saya campur sedikit ketumbar , jintan manis dan sedikit lada hitam
bila makan berasap...panas dek lada hitam....
          Jom kita tengok bahan-bahan utk buat asam pedas ikan parang  stail Melaka


Bahan-bahan

Ikan Parang (ikan lain pun boleh)
lada mesin
5 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
segengam asam jawa
1 inci kunyit hidup
minyak masak

Cara2

Tumis lada kering yang telah dimesin bersama-sama dgn bwg merah, bwg putih, halia, dan kunyit hidup. masak sampai naik minyak @ garing...Masukkan 1 cawan air dan biar mendidih dahulu barulah dimasukkan ikan..biar seketika @ kuah mendidih baru masukkan air asam jawa.. perasakan dgn sebuk perasa.

Kek Coklat Lembab versi kukus

kek yang dah dipotomg

kek coklat lembab versi kukus
                 "Kek Coklat Lembab" kalau sebut je,,,mesti dah ada yg bayangkan kelembutan kek ni... tak tahulah kenapa dulu-dulu kalau makan atau buat kek coklat ni orang akan kaitkan dengan orang yg kaya-raya je...agaknya orang dulu nak dapatkan coklat ni susah kot mungkin hanya orang yg senang dan berada je yang mampu membeli coklat ...lagipun kalau kat kampung memang susah la nak dapatkan coklat kalau nak juga kena la pegi ke pekan @ ke bandar. macam saya ni yang duduk kat Felda...lagi la susah... bukan susah tang duit tapi susah nak keluar pergi ke pekan...mula-mula ada bas masuk lama-lama bunyi bas pun dah tak dengar lagi..tu cerita masa tahun 80an laa...
                  Sekarang zaman milineum ni  dah senang nak cari bahan-bahan nak buat kek @ kuih muih...yang segera pun ada kalau dah malas  @ tak sempat sangat tapi masih lagi nak buat sendiri...pergi kekadai bakeri tunjuk je..semua ada,,,apa yang kita nak semua ada...cuma "mak pak" je diorang  tak de jual..hihihihi lawak bodo lak...
                  Ingat lagi masa kecik-kecik dulu setiap kali hari raya....mak-mak kita selain sibuk kat dapur menyediakan ketupat.,lemang, rendang,gulai tapi masih lagi sempat mengadun kek...masa dulu-dulu manalah ada mixer cam sekarang putar je ...lima minit dah siap... tapi mak kita dulu pukul telur sekali 20 biji dalam bekas pasu untuk buat kek...tapi kek perhhh sedap dan gebu... seronok sangat dapat tolong masa tu...cer kita nak buat kek sekarang cam mak kita dulu-dulu mau terbalik bumbung rumah...naik angin... pukul telur tak mau kembang2...ditambah lak anak-anak sibuk nak "tolong".. tolong kacau....
                      Kalau nak cite pasal dulu-dulu memang tak pernah habis...ok lah kita tengok resepi dulu untuk buat kek coklat lembab

Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
2 cwn gula halus (gula pasir yg dikisar halus)
1 cwn serbuk koko
1 sb baking powder
1 sb soda bikarbonat
1 cwn susu cair
1 cwn air panas
3 biji telur
1 cwn minyak masak

cara-cara
Ayak tepung bersama soda bikarbonat & baking powder..masukkan kedlam bekas dan dicampur dengan gula halus dan serbuk koko (s.koko ni klau boleh diayak jg) gaul rata... masukkan minyak masak dan gaul hingga semua sebati... barulah masukkan air panas..kacau lagi sampai sebati...masukkan telur (yg dipukul sedikit) dan gaul rata kemudian masukkan susu cair...siap... masukkan kedalam loyang yg telah disapu dgn minyak masak di semua bahagian...hentak-hentak kan sedikit loyang td supaya adunan sekata. tutup permukaan loyang dgn aluminium foil..kukus adunan sehingga 1jam 30 minit @ sehingga masak,,

Untuk topping

3 sb sebuk koko
2 sb minyak masak
1/2 tin susu pekat manis

cara-cara

campurkan sebuk koko dgn minyak masak. gaul sehingga betul-betul sebati kemudian barulah dimasukkan susu pekat manis dan gaul sehingga pekat. Bolehlah diletakkan diatas kek yang telah dikukus tadi... pastikan kek itu sejuk dulu barulah diletakkan toppingnya

Ahad, 24 Julai 2011

Majlis Perasmian Kiosk Melaka Hari Ini cwg. ke 2 Zulja Dhami Enterprise


kompang dipalu

YB Datuk Hassan Bin Rahman

Alamak tak nampak la pulak cik Zul ambil replika kunci

ni la kiosk ku

Acara memotong reben...
Syukur Alhamdulillah... Kiosk Melaka Hari Ini selamat dirasmikan pada 07 julai 2011 oleh YB Datuk Hj Ghazale Adun Serkam dan YB Datuk Hassan Rahman Adun Sg Rambai merangkap Pengerusi dan Naib Pengerusi MHI. Syukur aku panjatkan kepada Allah SWT kerana memurahkan rezeki aku dan keluarga .Dalam kekusutan aku memikirkan kenaikan harga sewa kedai aku yg pertama... mencari jalan penyelesaian tiba-tiba aku ditawarkan kiosk yg menjadi rebutan penduduk kampung ku... Mula-mula takut juga untuk aku terima ...boleh ke aku menguruskan satu lagi kedai... atas sekongan dan semangat yang diberikan suami aku terima juga... InsyaAllah kalau tiada aral melintang kedai tu akan dibuka selepas menyambut Aidilfitri nanti. Aku bersyukur kepada Allah diberikan rezeki ini dan aku akan bersungguh-sungguh memajukan perniagaan ini.

Nasi Tomato

           Hari ni terasa nak makan nasi tomato.. pagi2 lagi dah pergi pasar tani cari bahan2 nak buat nasi tomato...Mak ai dulu2 kalau kat pasar tani barang2 adalah murah sikit dari pasar... tapi sekarang harganya sama je...tapi makan nasi tomato ni cepat muak la... sebab tu la kita tak makan hari-hari.
        

                        setiap kali buat Cik Jah buat cukup untuk makan setiap sorang... bukan apa.. kalau tak habis rugi pulak rasanya..dah la bahan-bahan sekarang mahal-mahal...nak save la sikit. Paling sedap nasi tomato ni makan masa panas-panas. Nasi tomato ni selalunya didatangkan bersama-sama dengan acar nenas dan timun @ di panggil pencok disebelah selatan ataupun jelatah disebelah utara dan tidak lengkap sekiranya tak ada ayam masak merah.  Tapi Cik Jah suka makan nasi tomato ni bersama ayam masak merah, jelatah ,dan dalca...memang terbaik lah....



                    okay lah kat sini Cik Jah ada sertakan resepi nasi tomato...tapi kalau ikut resepi asal masak nasi ni kena gunakan minyak sapi...tapi disebabkan Cik Jah tak berapa sukalah akan aroma minyak sapi ni Cik Jah tukarkan lah kepada margerin @ planta.

Bahan-bahan untuk nasi tomato

4 cwn beras (direndam sekejap)
2 1/2 cwn air (air ni bergantung kpd jenis beras kita)
2 sb margerin @ plantan
3 sb minyak masak
2 cwn susu cair
4 sb tomato puri
1 biji buah tomato.(di potong dadu)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
penumis (kayu manis,bng lawang,dan buah pelaga
1 helai daun pandan

cara-cara

cairkan margerin @ plantan kemudian masukkan sedikit minyak masak. Tumis bhn penumis hingga naik bau barulah masukkan bawang besar,bwg putih, halia.dan daun pandan yg disimpul.biar layu sikit masukkan buah tomato yg didadu dan kacau hingga layu, Kemudian masukkan tomato puri gaul sebati dan masukkan beras yg dh direndam dulu gaul sebati barulah masukkan air dan susu cair, masukkan garam dan perasa,,masak hingga nasi kering....

Selamat mencuba,,,,