Selasa, 23 Ogos 2011

Elak Ikan @ Ayam Melekat Semasa Menggoreng



Ayam @ Ikan selalu melekat semasa kita menggoreng tapi ada cara untuk menggelakkan dari melekat ialah dgn memasukkan berberapa keping asam keping...InsyaAllah ayam @ ikan tak akan melekat lagi

Harumkan Dapur Selepas Memasak

YosriKayuManis.jpg
Biasannya pada bahagian dapur anda akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menggoreng ikan kering @ memasak sambal tumis. Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan serta bau lain yang kurang menyenangkan.

Ayam Goreng Ranggup

Untuk membuat ayam goreng @ ayam goreng berempah ranggup ialah setelah ayam sudah diperap dgn semua bahan , semasa hendak menggoreng golek2kan ayam perap dgn tepung sagu dan goreng dalam minyak panas (@ deep fry) dan jgn balik2kan ayam dlm 5 minit pertama....

Isnin, 22 Ogos 2011

Mengaku Anak Haram

Sanggup mengaku anak luar nikah



23 Ramadhan 1432H. [MOD] -
KESAL...Sham mendedahkan perbuatan keluarga bekas isterinya kepada wartawan Harian Metro.
KUALA LUMPUR: Disebabkan tidak mahu bapa kandung menjadi wali pernikahannya, seorang gadis bersekongkol dengan ibunya membuat pengisytiharan palsu di mahkamah syariah dengan mengaku anak luar nikah untuk mendapatkan wali hakim.
Semuanya dipercayai berlaku kerana ibu gadis itu masih berdendam dengan bekas suaminya berikutan kegagalan rumah tangga mereka, seterusnya menghasut anak perempuannya mengetepikan hak bapa kandung dalam urusan pernikahan.
Mengejutkan apabila perancangan mungkar dua beranak itu mendapat sokongan nenek, datuk, bapa tiri dan bakal suaminya. Lebih mengecewakan apabila tanpa soal siasat terperinci, jurunikah menikahkan pasangan terbabit hanya dengan melihat surat pengisytiharan dikemukakan gadis terbabit.
Pasangan itu tinggal sebumbung sejak 2009 dan kini bapa kandung dengan bantuan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam) berusaha untuk memfaraq atau memisahkan mereka kerana meragui status perkahwinan mereka.
Mendedahkan perkara itu, bapa kandung wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 43, berkata perancangan songsang anggota keluarga bekas isterinya itu diketahui menerusi anak lelakinya.
“Hasil perkahwinan saya dengan bekas isteri, kami dikurniakan dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Hubungan saya dengan anak serta keluarga bekas isteri baik kerana saya kerap mengunjungi mereka, membawa anak-anak keluar, malah saya dan bekas isteri memulakan hidup baru apabila masing-masing berkahwin lain.
“Sehinggalah anak lelaki saya memberitahu adik perempuannya akan berkahwin dan keluarga ibunya merancang menafikan hak saya sebagai wali,” katanya yang ditemui, semalam.
Terkejut dengan pendedahan itu, Sham berkata, dia mengadakan pertemuan dengan keluarga bekas isterinya termasuk anak perempuan dan bakal menantunya pada hujung 2009.
“Saya marah kerana rancangan mereka jelas penipuan dan bertentangan hukum syarak, malah saya bersedia menjadi wali kepada anak perempuan kerana dia satu-satunya anak perempuan saya.
“Saya anggap mereka faham, malangnya kira-kira sebulan selepas pertemuan itu, saya mendapat tahu anak perempuan saya sudah berkahwin dengan mengisytiharkan dirinya sebagai anak tidak sah taraf. Dengan izin Allah juga, saya nampak gambar anak perempuan saya yang berpakaian pengantin di facebook.
“Saya berusaha mendapatkan penjelasan daripada jurunikah, kenapa terlalu mudah menikahkan wanita yang mengaku anak luar nikah. Saya bertanya kenapa dia tidak menyoal pengantin perempuan sama ada dia mempunyai adik-beradik dan dengan selamba dia menjawab tidak,” katanya.
Tidak puas hati dengan penjelasan itu, Sham menghubungi pejabat agama Islam negeri tempat anaknya bernikah meminta pihak penguat kuasa agama segera memfaraqkan perkahwinan berkenaan.
“Saya sekali lagi terkilan apabila pegawai berkenaan meminta saya melantik peguam jika mahu berurusan dengannya.
“Apa yang berlaku sekarang ialah hukum Islam dipermainkan, tapi orang yang diberi tanggungjawab menjaganya mengambil sikap mudah. Saya mengambil masa dua tahun untuk mengumpul bukti bagi memisahkan anak saya dengan pasangannya yang melanggar hukum syarak, mujur SukaGuam mahu membantu saya dalam urusan ini,” katanya. 

Harian Metro

Jumaat, 19 Ogos 2011

Rancang Perculikan Sendiri

Ameera Asha Azizan bukan hilang tapi rancang penculikan diri sendiri



Ameera Asha Azizan yang dikatakan hilang oleh ibubapanya baru-baru ini  Azizan Hassan, 43, dan isterinya, Shahrizad Shafian, 40 telah membuat laporan diakhbar sebenarnya bukan hilang tetapi dia yang merancang perculikan dirinya sendiri bersama kekasihnya...semua itu didedahkan oleh pihak polis


Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.
Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.
Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.
Pada 27 Julai lalu, modus operandi sama digunakan oleh seorang pelajar wanita sebuah kolej swasta dekat Subang Jaya.
Gadis itu bersubahat dengan kekasihnya seorang lelaki Nigeria sebelum mereka meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga si gadis yang berada di Kuching, Sarawak.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, penahanan pasangan remaja itu dibuat susulan daripada panggilan ugutan seorang lelaki tidak dikenali diterima oleh bapa Ameerah Asha yang meminta wang tebusan.
“Panggilan ugutan tersebut merupakan petunjuk penting polis menyelesaikan kes kehilangan Ameerah Asha.
“Gadis itu tidak hilang sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikan untuk mendapatkan wang,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.
 Hancur luluh agaknya hati ibubapa nya apabila dapat tahu semua ni dirancang oleh anaknya sendiri...anak yg dijaga dari kecil hingga besar dan apabila besar dengan begitu mudah mengikut kata2 kekasihnya yg belum tentu dapat menjaganya sepertimana ibubapanya... Cik Jah tak berani la nak komen macam macam sebab Cik Jah ada anak remaja yg juga sebaya dgn Asha...subhanAllah... Ya Allah ini kah ujian yang harus ditempuhi oleh ibubapa yang menharapkan anak2 mereka menjadi anak yang soleh....

"Kikis Teman Lelaki FB- Isteriku Playgirl"

Macam yg kita dengar cerita mengenai Facebook... Tapi bagi Cik Jah la FB ni banyak sangat kegunaanya tapi kalau kita guna dijalan yang betullah... , nie petikan daripada akhbar metro hari nie :

ISTERIKU PLAYGIRL | KIKIS DUIT LELAKI DALAM FACEBOOK , isteriku playgirl , isteriku playgurl , isteri kikis duit suami , isteri kikis duit orang , perempuan kikis harta , isteri curang dengan orang , isteri curang , isteri ada boyfriend , isteri kikis harta fb , isteri kikis harta lelaki facebook

JOHOR BAHRU: “Saya terpaksa membuat pendedahan mengenai sikap isteri yang mengikis wang kekasihnya bagi menyelamatkan lebih 10 lelaki yang dijeratnya,” dakwa Nawab, 36, di sini, semalam.
Menurut Nuar, isterinya, Nadia yang bekerja kilang sesuai digelar ‘playgirl’ berikutan sikapnya yang gemar memikat dan memperdaya lelaki tanpa mengira status mereka untuk dikikis.
Nawab yang tinggal di Larkin mendakwa Nadia mengaku bujang untuk memastikan dirinya sentiasa laku ketika menjerat mangsa.
“Sejak berkahwin dengan Nadia kira-kira lima bulan lalu, saya tak pernah mengesyaki perangainya yang ‘kaki lelaki’.
Nadia sering menghabiskan masa melayari laman sosial facebook dan daripada situ dia mencari mangsa,” katanya.

Cik Jah harap la kepada kaum2 ibu2 @ kaum isteri2 jangan lah kita suka sangat nak mengejar kebendaan kat dunia ni sb apabila kita pergi nanti semua tu akan kita tinggalkan juga.... jadilah wanita .,isteri, dan anak yang sebaik mungkin....walaupun hidup ni penuh dengan dugaan dan godaan
sumber : Harian Metro

Selasa, 16 Ogos 2011

Sup Tulang

Selalunya orang buat sup tulang ni kalau ada kenduri kawin @ setiap kali orang islam nk sambut hari raya sebab senang nk dapatkannya... lagi pun fresh.. nak buat sup tulang ni memang lah senang tapi amik masa yang lama la...nak kasi empuk dan lembut daging nya.. tulang tu masak la lama mana pun tetap keras jugakan... Cik Jah adalah petua orang kata klau nk lembutkan daging ni ,masa merebus tu campakkan la dlm sebatang dua sudu...  rebuslah bersama-sama... Cik Jah ada la cuba dan hasil nya boleh tahan jugak
                  Sup tulang ni nak makan cam tu pun blh nk makan dgn mee ..mehoon , meetiaw pun blh.. selalunya Cik Jah akan buat kuah kicap ...dan perahkan sedikit limau nipis  perhh terangkat...


bahan
Tulang + daging lembu
sup bunjut
halia
bawang merah
Lada hitampenumis (kayu manis.bnga lawang. bnga cengkih & buah pelaga)

 Cara
Rebus tulang dan campurkan sedikit halia yg dihiris kasar. rebus hingga daging lembut atau dlam masa 1-2 jam. barulah masukkan sup bunjut dan bahan kisar... perasakan...siap .

bahan untuk kuah kicap

cili api
bawang putih
bawang merah
kicap
gula

cara
semua bahan dikisar hingga halus dan masak hingga mendidih


Khamis, 11 Ogos 2011

Terung Berlada

Cik Jah  memang suka sangat makan terung,,,,macam2 boleh dimasak...antaranya masak berlada..dicampur dalam kari..asam pedas ..direbus atas dibakar kemudian cicah pulak dengan air asam...memang terbaiklah...tapi Cik Jah hairan la ada pendapat orang la yang mengatakan orang lelaki tak boleh makan terung selalu....kenapa ? tu Cik Jah tak de jawapan nya... sebab Hubby Cik Jah bedal je.kalau Cik Jah masak terung

Bahab-bahan

6-7 biji Terung (Cik Jah suka yang pendek sb rasa manis sikit)
* 8 biji lada merah
* 10 biji cili api merah
* Segenggam udang kering
* Sedikit belacan
* Bawang merah
* Bawang putih
* Garam, gula dan  perasa

Cara

Potong terung dan goreng sekejap dlm 2-3 minit. Angkat dan toskan minyak. Bland bahan2 yang bertanda * tapi jangan terlalu halus kemudian tumis bahan bland hingga agak garing sikit..kemudian masukkan perasa dan gaul sebati dan terus masukkan terung yang telah digoreng tadi...kacau sekejap dan siap...

Khamis, 4 Ogos 2011

Ikan Terubuk Masak Tempoyak

Cik Jah suka sangat makan masak tempoyak ni. Tapi selalu Cik Jah masak guna ikan kembong . selain sedap nak masak masakan ni pun senang dan ringkas je.Tapi selalunya orang selalu letak timun tua tapi sebab tak de Cik Jah tak lah masukkan,. jom tengok resepi :

Bahan-bahan

Ikan Terubuk
Tempoyak
Cili Api
Belacan
1 batangm serai
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1 helai daun kunyit

Cara-caranya.

Tumbuk cili api bersama belacan. Masukkan tempoyak kedlam periuk bersama cili api yg ditumbuk serta serbuk kunyit. gaul biar sebati dan masukkan ikan terubuk. kemudian masukkan air separas ikan dan daun kunyit .masak diatas api. biar mendidih dan masukkan garam dan sedikit gula.

Sambal Belimbing Buluh

Macam-macam boleh dimasak menggunakan belimbing buluh. Boleh dimasak sambal, masak lemak cili api atau pun dibuat sambal belacan...memamg terangkat. Cik Jah first time makan lepas kawin. Mak mentua Cik Jah buat sambal belacan..memang sedap. makan pulak dengan nasi panas dan ikan goreng. Sebelum kawin mak Cik Jah selalu juga buat sambal belacan , cara mak Cik Jah ialah semasa nasi dah kering kat atas dapur mak Cik Jah masukkan belimbing buluh ni nak bagi lembut pas tu baru buat sambal belacan tapi Cik Jah  tak pernah usik..sebab Cik Jah ni tak berapa suka sangat benda-benda masam ni..
                 Bercerita ,macamana Cik Jah boleh nak makan belimbing buluh ni ialah selepas kawin biasalah balik rumah mak mentua.time waktu makan..masa tu terpaksa makan dibawah sebab kat meja makan tak cukup kerusi sebab adik beradik sebelah suami masa tu ramai yang belum berkahwin lagi jadi terpaksalah makan bersila.tapi bestlah makan ramai-ramai masa tu. Nak dijadikan cerita Cik Jah ni pemalu lah sikit kebetulan yang ada depan mata sambal belacan belimbing  dengan ulam . Masa tu nak ambil lauk lain segan sebab jauh sikit.....hai nak jaga sopan santunlah konon-konon.  nak tak nak Cik Jah makanlah apa yang ada didepan mata...makan-makan sedaplah pulak...tu yang Cik Jah selalu masak belimbing buluh ni sekarang.... tapi ni belimbing buluh buat sambal lemak.... mari kita tgk resepinya


Bahan-bahan

 Belimbing buluh (dibelah dua)
Cili api (Ikut suka nak banyak mana)
Ikan bilis
Belacan
Bawang besar
Bawang putih
Santan
perasa dan gula

cara-caranya

tumbuk cili api @ blander bersama bawang merah. bawang putih dan belacan hingga lumat. Kemudian tumis bahan tadi hingga garing. masukkan pula ikan bilis dan santan pekat. masak hingga agak pekat sikit barulah tambahkan serbuk perasa dan gula.

Urap Taugeh



Urap ni selalunya kat sebelah selatan tanahair kita memang banyak disajikan . Kalau kat tempat Cik Jah kat sebelah Utara selalunya yang sama cam urap ni dipanggil kerabu...tapi cara penyediaan urap dan kerabu memang lain walaupun bahan-bahan yang digunakan sama..
           
              Cik Jah tak kisahlah tapi Cik Jah memang suka urap ataupun kerabu,,tetapi penyediaan kerabu ni leceh la sikit daripada urap. Kerabu selalunya kalau mak Cik Jah buat masa nak makan baru mak Cik Jah gaulkan semua bahan-bahanya...bukan apa takut cepat basi dan berair sebab kerabu ni pakai santan. Mak Cik Jah dulu selalu buat kerabu setiap kali tiba bulan puasa sebab arwah abah suka makan. Cik Jah paling tension bab arwah abah nak makan kerabu taugeh @ pucuk paku lawan dengan kerang..memang tension gila sebab nak kopek kerang. bukannya sikit-sikit kerang nak kena kopek. tapi nak tak nak kena lah juga kopek sebab takut arwah abah marah...
                tapi sejak berkeluarga ni Cik Jah jarang lah buat kerabu sebab tak sempatlah...yang selalu Cik Jah buat Urap...tapi kali ni Cik Jah buat urap yang simple je Urap taugeh...jom kita tengok resepinya....


Bahan- bahannya

Taugeh (boleh diganti dgn kacang botol @ daun selom)
* 10 biji cili api
* 2 biji cili merah
* 1 batang serai
* 1 labu bawang besar
* 1 ulas bawang putih
*  1/2 inci halia
*  sedikit ikan bilis dan udang kering
* kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
 garam & gula
 sebuk kunyit
Cara-cara

Blander semua bahan-bahan yang bertanda *. masukkan dalam kuali yang berisi kelapa parut. gaul dan masak hingga kelapa agak-agak kering..tapi jangan terlampau kering. masukkan garam dan gula gaul lagi barulah dimasukkan taugeh.tutup api.taugeh jangan telampau lecur.

Selasa, 2 Ogos 2011

Karenah anak-anak di bulan Ramadhan

Semua ibubapa setiap kali tiba je bulan Ramadhan pasti akan mencari jalan macamana nak suruh anak-anak kecil berpuasa..Macam-macam yang akan dijanjikan...macam Cik Jah nak suruh anak bujang Cik Jah ., sorang berumur 9 thn seorang lagi 8 tahum...aduh mak ai.. permintaan diaorang memang macam-macam...Upah untuk berpuasa 1 hari rm 2..lepas tu menu masakan kene ikut apa yang dioarang nak makan...ada setengah orang cakap tu dah dikira rasuah anak...tapi bagi Cik Jah apalah nak dikirakan sangat dengan anak-anak kita..sekurang-kurangnya kita dapatlah melatih mereka untuk belajar berpuasa,,,
                 Cik Jah rasa masa dulu-dulu sewaktu Cik Jah kecik-kecik memang la tak pernah mak dan ayah Cik Jah ni merasuah Cik Jah dengan wang ringgit tapi cara mak dan ayah Cik Jah ialah dengan masakan yang sedap-sedap. Masakan yang sedap tu bukan lah makanan yang mahal-mahal tapi makanan yang anak-anaknya suka...Seingat Cik Jah la..mak setiap kali bulan puasa mesti ada buat makanan sampingan selain nasi sebagai menu utama..Dulu mana lah ada bazar Ramadhan macam sekarang ni....apa nak makan semua kena buat sendiri....

nasi_ulam
nasi ulam



               Cucur udang. dengan kuah kacang, nasi ulam. kerang rebus, buah melaka, air cendol, air sirap selasih (masa kecik panggil air ni air telur katak) mee goreng lembab dicampur dgn kacang tumbuk, mee rebus ketam...perhhh... macam-macam menu...tapi tu semua adalah menu yang selalu mak buat setiap kali bulan puasa...bayangkanlah masa dulu mak ni berniaga kedai runcit tapi dalam masa yang sama dapat buat semua tu ...bila tiba je buka puasa makanan semua dah siap...mak memang "superwomen"...





                Setiap petang di bulan puasa mak selalu suruh pergi beli air batu kat kedai..Dulu air batu disimpan didalam bekas yang berisi habuk kayu...1 blok air batu seringgit je..punyalah besar..kalau nak potong-potong pun boleh...dia orang potong pakai gergaji...seronok sangat masa diorang potong air batu tu sebab bila terpercik kat badan rasa sejuk sangat...masa tu selalu pikir kenapa la air batu tu tak terpercik kat dlm mulut..mesti bestkan ...yalah bukan sengaja pun dia masuk sendiri ...hihiiihi...tu masa kecik-kecik la...selalu beli yang dipotong-potong je baru dua posen satu..tapi pelik air batu tu tahan lama tak macam air batu sekarang...kadang-kadang nak beli air batu pun tak dapat sebab dah habis
                Bila waktu berbuka lah bab yang paling seronok...rasa macam tak cukup je makanan kat depan mata. Apa-apa pun nasi tetap menjadi pilihan hati masa berbuka. tak tau lah kenapa...tapi semua sama dari mak,    abah, dan semua adik beradik.. Azan je terus teguk air...air macam- macam jenis...selalunya minum air puas-puas dulu baru makan nasi sebab arwah abah dulu pantang betul tengah makan nasi asyik minta-minta air je masa tu orang yang selalu duduk dekat jag air la yang selalu jadi mangsa keadaan...
               Tapi tu semua kenangan lama...sekarang ni nak berkumpul adik beradik semua sekali untuk berbuka puasa memang susah sebab masing-masing dah ada keluarga sendiri...kalau dapat berkumpul pun tak semua yang ada..tambah lagi sekarang ni abah dah pergi meninggalkan kami semua...yang tinggal hanyalah kenangan bersama arwah abah.....

Isnin, 1 Ogos 2011

Sotong Masak Hitam

Selalunya kalau beli sotong mesti masak sambal.. Tapi sekali sekala masak hitam sedap jg. Sebenarnnya resepi ni dari resepi daging masak hitam tp saja nak cuba sotong pulak,,Seeloknya kalau nak masak sotong masak hitam ni sotong tu biar lah besar sikit...cantik..bila masak dia tak la kecut pas tu jadi kecik je...

Jom kita tengok resepinya


Bahan bahan
7-8 ekor sotong (saiz besar

2 sb jintan manis }
1 sb jintan putih  } di sanggai dahulu tanpa minyak
1 sb lada hitam   }

20 tangkai cili kering (lebihkan jika suka pedas)
1 biji bwng besar
3 ulas bwg putih
1 inci halia
1 sb kerisik
2 sb air asam jawa
2 sb kicap pekat
4 sb kicap manis

Cara-cara

kisar semua bhn kecuali sotong. tumis bahan kisar hingga naik bau dan naik minyak. kemudian barulah dimasukkan sotong. masak hingga sotong masak sahaja jgn terlebih masak nanti sotong jadi liat...

Andai Kau Tahu Ini Ramadhan Terakhir


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikirtentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindumendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu', tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhankita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahirmempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA