Semakin jauh kita lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ia datang menghampiri kita...
Jangan berbangga dengan satu pujian seorang ..... kerana disebalik pujian terselindung seribu kejian....
kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang keras dari batu dan kata-kata yang kasar akan mengasarkan hati yang lembut dari sutera...
Andai diri tidak dapat jadi garam yang dapat menahan daging dari busuk usahlah jadi langau yang membusukkan daging
Tiada bantal yang lebih lembut selain dari ribaan ibu
Biar wajah hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak menyakitkan hati orang tetapi lidah yang hodoh boleh membuat hati orang terluka...
Orang yang suka mengkhianati kawan sendiri seperti binatang yang suka memakan bangkai semakin busuk bangkai itu semakin bertambahlah seleranya...
Mengapa sesama manusia harus ada pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri lahir hasil dari satu kemesraan sesama manusia.....
Pandanglah kecantikan itu hanyalah satu keindahan dan bukan untuk diagung-agungkan , dan janganlah pandang keburukan itu satu kebodohan kerana kedua-duanya adalah anugerah dari NYA....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan